Followers

SonG FoR SoUL ^_^

chat


ShoutMix chat widget
[close]

Saturday, March 10, 2012

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah

Kepada sesiapa yang berminat dengan Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah
http://www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/617-permohonan-timur-tengah.html



A. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013


1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu :
  • Memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.

Tarikh tutup permohonan: 1 Jun 2012


B. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013


1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i.  Perubatan dan Pergigian

   Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian  di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu :
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM.

ii.    Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tarikh tutup permohonan: 18 Mei 2012

C. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco Sesi Akademik 2012/2013

1.    Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

       Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang  Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.

2.    Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3.    Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.

Tarikh tutup permohonan: 22 Jun 2012

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6611 – Abang Zahiruddin
03-8870 6627 – Abang Amir
03-8870 6622 – Kak Mariatul

No comments:

Post a Comment