Followers

SonG FoR SoUL ^_^

chat


ShoutMix chat widget
[close]

Saturday, March 10, 2012

Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship


Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho:MEXT) - Peringkat Sarjana

08 MAC 2012

TAWARAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DI BAWAH BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2013 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT)


Tarikh Tutup     :30 Mac 2012
Tempat Negara : Jepun
Tempoh             : 1 ½ atau 2 Tahun (April / Oktober 2013 – Mac 2015)

Rujukan

· http://www.my.emb-japan.go.jp


Kategori

Warganegara Malaysia


Kursus yang ditawarkan

· Sarjana


Syarat-syarat

Permohonan
Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1978);
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN).
Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
Bidang pengajian peringkat Sarjana mestilah sama seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda / bidang tugas semasa berkhidmat;
Mempunyai minat / keupayaan untuk mempelajari Bahasa Jepun;

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
Berkhidmat secara tetap;
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010 atau 2009, 2010 & 2011) - perkiraan setahun adalah bermula pada Januari sehingga Disember;
Telah mengisytiharkan harta;
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain;
Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);


Dokumen Rujukan & Permohonan
Guidelines
Application form
Application form (sample)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki melengkapkan borang-borang seperti berikut :

a) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing)

b) Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010] – diisi oleh calon



PERMOHONAN MESTILAH DIKEMUKAKAN MELALUI KETUA JABATAN SEBELUM DIHANTAR KE JABATAN INI.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Siti Haslina binti Hashim)


Pegawai Bertanggungjawab

Cik Siti Haslina binti Hashim
Tel : 03-8885 3432
Faks : 03-8889 2171
E-mel : sitihaslina@jpa.gov.my


Puan Nazrina binti AbdulMalik
Tel : 03-8885 3438
Faks : 03-8889 2171
E-mel : nazrina.malik@jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment