Followers

SonG FoR SoUL ^_^

chat


ShoutMix chat widget
[close]

Sunday, February 27, 2011

Fokus??



mindpower.jpg

Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.
So nak buat macam mana?
Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.
Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.
Anda mempunyai masalah susah nak fokus?
Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…
magnify.jpg
Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.
Apa yang terjadi?
Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.
Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus ;)
Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!
Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…
Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…
“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.
Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.
Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!
Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!
Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.
Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:
  • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
  • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999
:)
Motif cerita…
Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.
Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada(kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.
X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.
Pendapat Anda? 

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa perlu fokus

  • Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari

  • Sekiranya ada dua arnab? Pilih satu!

  • Di mana nilai diri anda tertinggi?



  • No comments:

    Post a Comment