Followers

SonG FoR SoUL ^_^

chat


ShoutMix chat widget
[close]
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

UPU

Mula-mula buka laman web UPU.. http://upu.mohe.gov.my/


Pilih warna biru untuk IPTA / Politeknik Premier dan UNGU untuk TEVT / ILKA


Permohonan Kemasukan ke IPTA
Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :-
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri








Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier Ambilan Tahun 2012
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar bersekali dengan permohonan IPTA.Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-



  • Politeknik Ungku Omar (PUO)












  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul AzizShah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
     
Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
CIAST, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI 
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)



jpkklogoiptalogoiptalogoiptalogoiptalogoiptalogoipta




Permohonan = untuk membuat permohonan baru
Semakan = untuk menyemak data pada permohonan yang telah dibuat
Kemaskini = perbaiki maklumat

Sunday, February 27, 2011

Fokus??



mindpower.jpg

Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.
So nak buat macam mana?
Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.
Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.
Anda mempunyai masalah susah nak fokus?
Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…
magnify.jpg
Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.
Apa yang terjadi?
Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.
Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus ;)
Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!
Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…
Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…
“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.
Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.
Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!
Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!
Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.
Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:
  • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
  • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999
:)
Motif cerita…
Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.
Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada(kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.
X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.
Pendapat Anda? 

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa perlu fokus

  • Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari

  • Sekiranya ada dua arnab? Pilih satu!

  • Di mana nilai diri anda tertinggi?



  • Menconteng buku - teknik saya guna untuk ingat lebih banyak perkara


    Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 
    Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.
    Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca
    Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!
    Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM;)
    Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.
    Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.
    Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

    Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?
    Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
    Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut ;)
    • Garis perkataan atau nota yang penting
    • Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
    • Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
    Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.
    conteng.jpg
    Contoh salah satu buku yang saya baca kena conteng… semua page lebih kurang camni ;)
    Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju…  atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.
    Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
    Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
    Pendapat Anda? 

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buang masa sahaja membaca buku

  • Jutawan banyak membaca!

  • Teknik “Halo” dalam perniagaan

  • Antara strategi & teknik


  • Friday, February 25, 2011

    Mutiara Indah:Meransang Untuk Membaca


    Hi Saya petik nih darihttp://jaringanperkongsianmindaanda.blogspot.com boleh anda guna untuk karangan ^^

    Kita adalah umat iqra’,tetapi mengapa masih lagi enggan membaca?

    Abdullah bin Mas’ud berkata:”Seseorang itu dilahirkan bukan terus menjadi ‘alim,sebaliknya ilmu itu diperolehi dengan cara belajar.”


    Ulamak adalah perwaris Nabi.



    Salah seorang berkata kepada al-Sya’bi:”Berilah fatwa kepadaku wahai orang ‘alim.”Al-Sya’bi menjawab;”Orang ‘alim adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”


    Bacalah supaya anda tidak bosan,tidak sesat,tidak tergelincir dan tidak menjadi orang hina.


    Salah seorang ulamak yang tekun membaca buku ditanya: “Apa yang tuan buat?” Dia menjawab: “Saya tengah mengasah akal fikiran saya,”


    Ada sesetengah ulamak yang rela menjual rumahnya untuk membeli beberapa judul buku.Syabas ke atas usaha mulia ini!


    Ibn Daqiq al-‘Id terkenal sebagai seorang yang cepat dalam membaca buku hingga mampu menghabiskan satu jilid buku dalam satu malam.


    Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada kesesatan menuju gerbang hidayah.


    Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab kebahagiaan anda.


    Seseorang yang tidak minat membaca adalah sifar.


    Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang
    bodoh pasti bencikan buku.


    Anda pasti merasa jemu denga segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca.


    Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.

    Friday, February 4, 2011

    JADUAL WAKTU MP SPM 2011

    Ini adalah Jadual Waktu Matapelajaran bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 :

    surat_cadangan_jw_spm_2011

    DrafJadualSPM2011


    Cadangan Jad Waktu Spm 2011

    Walaubagaimanapun ada segelintir orang yang menyatakan terdapat draf 2 (plan lagi satu selepas plan ini) . Saya rasa ini mungkin disebabkan ketidaksuaian waktu m/p yg dirancang.



    DRAF KEDUA JADUAL WAKTU SPM 2011
    Friday, 29 October 2010
    © 2011 - PPD Hulu Langat



    DRAF2

    Thursday, January 6, 2011

    Cara dan Jenis stres

    Saya rasa amat stres dengan pelbagai masalah baru2 ini . Dengan masalah pelajaran  dll.. Tapi kes yg ini http://apit555.blogspot.com/2011/01/aku-pening-stress-ngan-insan-nih.html  amat membuatkan aku pening dan sakit hati. Pelajar ini tiba2 mengamuk dkt aku.. ermm sabar je laa...

    hikuxdgwkxijweoxuwehjxeikjemoiskjewkmosil !! Pening laaa ari2... bising... NIh haa yg de latest .... please ckp sapa yg salah sbnarnya???? buat aq stress jer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! STOP IT!!! TIBA2 TEGUR PASTU NK GADO LAK NGAN AQ !! AQ XNK GADO NGAN DYE PON!!!!!

    Antara Anda dan Muhamad Akmal
    Muhamad Akmal pada 02hb Januari pukul 3.48 ptg Lapor
    ko tahun x ramai x suka kat ko ???/
    Rafieq Smtdlm Smkuj pada 03hb Januari pukul 5.42 ptg
    sapa mal~~
    sy sedar ramai x suka kart sy.. mmg sy adlh untuk dibenci.. x mengapa.. sy redha akn ketentuan Illahi.. :) x per.. jgn bg sy bnci sseorang skiranya kta tdk maw dbenci :]
    da abiz??
    siapa yg x suka kat sy??
    sy x kata org suka kata sy?
    gaya awk nih mcm cemburu ke?
    awk taw x.. pnh sy ckp semua org bnci kat awk?? pernah sy kata awak dibenci :) keyh ^_^
    Muhamad Akmal pada 03hb Januari pukul 8.24 ptg Lapor
    ko boleh jgn jadi banggang dengan ayat bodoh ko nix??? dari kalangan ckgu x suka kat ko,,,, dari kalangan pelajar un ader..... sekurang2n ya mereka x suka dgn ketegasan ak,,,, drpd ko orng benci ko swebab ...... malas nak citer...
    Rafieq Smtdlm Smkuj pada 03hb Januari pukul 10.10 ptg
    ye mall.. ayt aku cm2 an?? aq cm2an??
    aq x ksah laa..
    cikgu sapa x suka kat aq.. aq mmg tahu suma tuu.. plaja x suka pon mmg aq taw.. jgn laa ckp lg.. mmg aq taw sume tu.. ^^
    aq x ckp yg ko dibenci org ramai.. aq x ckp yg aq hina ko... aq x ckp yg aq digilai// aq x ckp pon yg ko ada masalah.. yg pastinya antara Allah dan aku.. org benci ttg apa?? org benci ttg apa?? sila ckp kat kelas.. jgn mLas yek.. nnt nk spm ^^ aq nk minx maaf dari ujung rambut ke ujung kaki klu aku ada slh... klu ko ad silap aq maafkan.. :) ur classmate ^^ fiq!
    Muhamad Akmal pada 04hb Januari pukul 9.10 ptg Lapor
    masalah nye sekarang ko ramai x suka perangai ko...kalo ko sedar diri ko tu terhegeh2..... berubah lah.,..... malah aku nak layan org macm ko
    Rafieq Smtdlm Smkuj pada 04hb Januari pukul 9.56 ptg
    MASALAH KO APA?? KLU AKU ADA MASALAH CKP LAAA~~~ NK UBAH CMNE KLU AQ X TAHU?? APA YG T'HGEH2... MASALAH SKUNK AQ YG MALAS NK LYN KO.., AQ NK SPM TAHUN NIH!! JGN LAA KACAU MOOD!
    Muhamad Akmal pada 06hb Januari pukul 8.49 ptg Lapor
    tak yah lah poyo ngn ayat2 spm ko tu..... ko kene ingat tak berkat cikgu x guna jugak..... aku gy mals nak lyn ko .... nmpk baik tp....... mls nak citer...... jgn ckp org lain ... tgk diri tu dulu
    Rafieq Smtdlm Smkuj pada 06hb Januari pukul 10.21 ptg
    mal... aq sabar ngan ko... aku xde poyo ke apa2 pun taw.. please laa... ok3.. ckp apa masalah bgtawlaa... ok.. (jgn laa pengecut ^^)

    AKU NAMPAK BAIK TAPI..??? TAPI apa?? please laa mal nada aq nih mendatar bkn mara keyh?? jgn laa buat benda2 merepek cmni??

    ad ke aq ckp psal org len?? please laa mal.. mal , ko mls nk layan aq tp masalah skunk engkau yg layan aq.. ko yg menyibok kat aq.. bkn aq yg layan ko... please laa.. tak berkat apa mal?? ckp laa.. cikgu apa?? ad x puas ati?? please laa pning aq ngan ko nih..

    Boleh x korunk bgtaw aq sapa salah???

    OK.. aku nk bagitahu semua cara macamana nk uruskan stres.. ^^
    Jenis-Jenis Stres

    Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya, stres terbahagi kepada dua jenis iaitu:

    1.  Eustress
    Eustress adalah stres yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah.

    2.  Distress
    Manakala distress pula adalah stres yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, berpenyakit dan beberapa musibah lain.


    Teknik Mengawal Stres
    Stres yang membawa kesan negatif (distress) boleh melemahkan sistem imun dalam badan akibat peningkatan hormon adrenalin yang boleh menjejaskan fungsi leukosit. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kognitif seperti melemahkan daya ingatan dan tumpuan. Individu yang menghadapi stres akan juga mengalami kekacauan emosi seperti resah gelisah dan mempamerkan tingkah laku yang keterlaluan. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita mengetahui cara atau teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi stress. Dua daripada teknik yang boleh membantu mengawal stress dan juga konflik adalah:

    1.  Penepatan Keperluan (Setting Priorities)
    Anda mesti berfikiran terbuka dan positif apabila mengalami stres. Antara cara untuk mengawal stres ialah dengan menetapkan keperluan yang penting dahulu. Ini bermakna anda mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang penting untuk mengelak stres akibat tidak menyiapkan kerja yang penting. Contohnya, majikan anda menyuruh anda menyiapkan suatu tugasan sebelum minggu berikutnya. Seorang rakan sekerja anda pula meminta bantuan anda untuk menyiapkan tugasnya. Di sini anda mesti menyiapkan kerja yang diberi oleh majikan anda sebelum membantu rakan sekerja anda. Berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.

    Untuk mengelak daripada terlupa membuat tugasan-tugasan yang penting, buatlah satu jadual. Anda juga boleh meletakkan peringatan di atas meja atau di dalam komputer supaya anda tidak lupa. Yang paling penting adalah jangan menangguhkan kerja anda. Jika tidak, ini akan menyebabkan kerja anda bertambah banyak. Anda akan mengalami stres apabila anda melihat banyak tugasan tidak disiapkan Oleh itu, sentiasalah ingat dan peka terhadap tugasan-tugasan yang diberikan.

    2.  Pengurusan Masa

    Pengurusan masa yang bijak merupakan antara langkah yang dapat mengatasi masalah stres (Rajah 8.3). Kita semua mempunyai masa 24 jam sehari. Justeru, pengurusan masa mengikut kepentingan sesuatu kerja harus kita amalkan. Kita boleh menyenaraikan sesuatu kerja mengikut kepentingan dan keperluan berdasarkan pengkelasan “perlu dilaksanakan segera” sehingga “perlaksanaan tidak segera”. Dalam erti kata lain, agihkan tugas dan kepentingan anda secara berkesan. Untuk itu, anda mesti bijak mengatur rutin seharian anda. 

    Anda juga mestilah sentiasa memahami rutin harian anda supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan positif. 

    Anda juga diingati agar tidak membuat tugasan diakhir masa. Contohya, jika pengajar anda memberikan anda tugasan minggu ini. Anda seharusnya menyiapkannya minggu ini juga dan tidak menangguhkannya ke minggu hadapan. Ini kerana anda mungkin tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya. Justeru, pengurusan masa amatlah penting. Ini kerana ia dapat membantu anda mengawal stres dengan cara yang terbaik. Anda mesti ingat masa itu emas dan tidak ternilai. 

    Oleh itu hargailah masa anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan efektif. Sentiasalah berfikir sebelum bertindak.