Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 
Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.
Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca
Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!
Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM;)
Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.
Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.
Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?
Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut ;)
  • Garis perkataan atau nota yang penting
  • Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
  • Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.
conteng.jpg
Contoh salah satu buku yang saya baca kena conteng… semua page lebih kurang camni ;)
Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju…  atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.
Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
Pendapat Anda? 

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buang masa sahaja membaca buku

  • Jutawan banyak membaca!

  • Teknik “Halo” dalam perniagaan

  • Antara strategi & teknik