Followers

SonG FoR SoUL ^_^

chat


ShoutMix chat widget
[close]

Tuesday, April 19, 2011

Berkawan Cara Rasulullah S.A.W.




Huraian
Persahabatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.
Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.
Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (H.R. al-Baihaqi)
Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti sabda baginda :
"Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."


MENCARI KAWAN YANG BAIK DAN MAMPU MEMBIMBING KE ARAH KEBAIKAN.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (H.R. al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya:


BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN

" Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa." (H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi).


HINDARI BERKAWAN ORANG DENGAN YANG BURUK AKHLAKNYA

:"Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya"
Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (H.R. at-Tirmizi dan Abu Daud).


MENEGUR KESILAPAN KAWAN KERANA KEBENARAN

Ubadah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.


MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
"Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat,

No comments:

Post a Comment